Tuesday, April 30, 2019

Pokok Nostalgia..Pokok Ubi !




Kenapa aku gelarkan pokok ni..pokok nostalgia..? Ya kerana bila tgk pokok ni terkenang masa kecik kecik dulu.

Masa tu keadaan kg..tanah masih subur,biasa lepas pokok getah tua ditebang,mereka tanam salah satunya pokok ubi..

Teringat aku ..semasa ayahanda kerja di Singapura , kadang kadang kawan kawan se kg ajak ke Parit Andin..utk beli ubi.Untuk buat sarapan dll kuih.

Sekarang , aku pernah beli di kedai harga sebiji lebih kurang RM 3.00 ikut berat.Tapi dulu aku beli RM 1 sekarung !Oooo beza betul harganya dulu dan sekarang.

Masing masing tau..apa boleh buat drp ubi.Zmn kecik dulu..bonda buat kueh lepat ubi, talam ubi atau paling ringkas dan cepat..di " godok "..Tu bahasa jawa.Di Rebus dlm bahasa Melayunya.


Maaf ya..gbr kuih ni drp Internet.Masa tu tak de beli kamera lgi.Lebih kurang cam nilah.

Sumber Foto : Internet


No comments:

Post a Comment