Tuesday, April 30, 2019

Pokok Nostalgia..Pokok Ubi !




Kenapa aku gelarkan pokok ni..pokok nostalgia..? Ya kerana bila tgk pokok ni terkenang masa kecik kecik dulu.

Masa tu keadaan kg..tanah masih subur,biasa lepas pokok getah tua ditebang,mereka tanam salah satunya pokok ubi..

Teringat aku ..semasa ayahanda kerja di Singapura , kadang kadang kawan kawan se kg ajak ke Parit Andin..utk beli ubi.Untuk buat sarapan dll kuih.

Sekarang , aku pernah beli di kedai harga sebiji lebih kurang RM 3.00 ikut berat.Tapi dulu aku beli RM 1 sekarung !Oooo beza betul harganya dulu dan sekarang.

Masing masing tau..apa boleh buat drp ubi.Zmn kecik dulu..bonda buat kueh lepat ubi, talam ubi atau paling ringkas dan cepat..di " godok "..Tu bahasa jawa.Di Rebus dlm bahasa Melayunya.


Maaf ya..gbr kuih ni drp Internet.Masa tu tak de beli kamera lgi.Lebih kurang cam nilah.

Sumber Foto : Internet


Monday, April 29, 2019

Sanak Saudara Bonda Dari Indonesia !





Baru-baru ini sedara sebelah bonda 
dari Indonesia mengziarah sanak saudara
di Kg Parit Tengah

Alhamdulilah Semoga
Hubungan Ahli Keluarga
Bertambah Erat dan Sejahtera.

Amin

Lampu Waktu Zmn Dulu ..!


Aku masih ingat di masa kecil..zaman budak lagi...bila masuk senja..adik beradik akan mengambil lampu minyak yg sudah tak lgi diguna zmn sekarang...

Teringat aku ..check minyaknya.Kalau habis isilah dgn minyak tanah..warnanya jernih.


Mentolnya jika belum dipasang mcm kain ! Berwarna putih.Setelah diisi minyak di tangki bawah...tak silap isi pula minyak di bhg mangkuk kecil..dgn minyak spirit..dan dibakar.

Setelah itu di pam dgn tangan...mentol tu terbakar dan bertukar seakan bulat dan mengeluarkan sinar terang..

Inilah lampu yg ayahanda guna utk menyinari waktu mlm dlm rumah di kg.



Waktu ni..bekalan letrik ke kg belum ada.Tak ingat tahun bila letrik sampai ke kg bonda..Parit Tengah.

Zmn sekarang ..tak tau ade tak lagi org pakai lampu tu...Sekarang senang ya ..petik di dinding api/lampu menyalo. ...


Ya..dpt aku cari dari U Tube lampu yg ayahanda guna mase zmn anak-anak masih kecil-kecil.

Sumber Foto dan Video : Internet dan U Tube


Sunday, April 28, 2019

Beraya Di Kampong Bonda - Parit Tengah



Sudah semcm kemestian 
di hari raya pertama di rumah bonda
Memang tempat lahir 
memang org selalu kenangkan.




Lepas bermaaf-maafan terutama dgn 
bonda, mulalah adik beradik bergerak
atau beraya ke rumah sanak saudara
tentulah seronok..


Ini beraya di rumah wak sebelah 
Adik beradik bonda...


Assalammualaikum ...
Walaikumsalam...jumputlah naik



Di rumah Paman Sias...
Woo...yg seronok buat anak-anak saudara
tentulah dpt duit raya..kecuali
yg dah tau cari duit...!

Saturday, April 27, 2019

Adab -Adab Anak Kepada Ibubapa


Eloklah sebagai ingatan kepada kita tentang adab-adab anak kepada ibubapa mereka semoga hidup kita diberkati Allah.Amin !!

Doa Untuk Ke Dua Ibu Bapa



Tentulah patut kita 
mendoakan ke dua ibubapa
kita semoga mereka
sejahtera di dunia dan akhirat

Amin


Ayahanda .Kerja Di Singapura

Jalan hidup ayahanda elok anak-anak tahu semoga jadi sumber semangat utk jalani hidup ni..supaya kita insaf dan sedar kepayahannya dlm usahanya utk kesejahteraan hidup anak-anaknya.

Oh ya bukan saje pernah menoreh getah tapi ayahanda pernah juga kerja di luar negara ...Singapura !

Aku pernah ikut juga kerja di sana mase cuti sekolah...sambil jln jln lah.Di Kaki Bukit..tulah nama tempat di Singapura..tak ada gambar utk ditunjukan.Masa tu tak beli kemera lgi...kerja di tapak bina..buat rumah pangsa ..tinggi jugak lah sekitar 20 tkt..kalu tak silap..tak ingat sgt.


Kaki Bukit Singapura..

Teringat aku kalau nak ke Singapura
..mesti lalu tambak johor ..biasalah selalu sesak dan ambil masa .

Terjumpa gbr Tambak Johor sekitar tahun 1970 an - seperti gbr di bwh

Sumber : Fb 

Tengok ...gbr lama Tambak Johor pun ada org abadikan.

Biasa ayahanda balik setelah kerja hampir sebulan...tunggu gajilah.
Maklumlah mase tu tak de highway lagi
lalu jln lama Jb ..kulai...Air Hitam ..Yong Peng.
Kalu dari jb pukul 6 pm ..sampai rumah pukul 12 - 1 tgh mlm.

Bila sampai semua adik beradik bangun
jumpa ayahanda dgn disinari lampu pelita !


Dan buah tangan yg selalu kami tunggu
ialah epal !
Seolah olah satu kepastian ..epal 
epal hijau atau merah


Sumber Foto dan Map - Internet




Pekerjaan Lain - Berkebun !

Seingat aku , selain menoreh getah untuk menyara hidup anak-anak..bercucuk tanam juga jadi pekerjaan ayah.

Ingat lagi dengan kebun di Parit Yusuf ayah mula menanam tomoto.Hasilnya boleh tahan juga.Seronok bila tiba masa utk dipetik.




Setelah kesuburan tanah berkurang, ayah menanam pokok keledek.

Musim memungut hasil, ramai-ramailah turun ke kebun untuk cabut sepokok demi sepokok.Memang suka betul tgk buahnya.



Selain keledek..tanaman lain yang 
pernah di tanam...keladi , halia.

Setelah bertahun-tahun , bila tanah
kebun tidak begitu subur kebun 
di tanam dgn pokok sagu !

Dah lama tak melihat kawasan tu..
Raya ni jln jln lah ke Parit Yusuf

Mengenang kisah silam..

Gambar Atas Sekdr Hiasan !
Sumber Foto - Internet




Pekerjaan Ayahanda dan Bonda !

Gambar Sekadar Hiasan

Menoreh getah di Parit Lapis
Terkenang aku sama-sama menoreh !

Aku masih ingat lepas menoreh
susu getah dipungut dalam baldi
lepas tu di masukan dlm bekas loyang
seperti gbr di bwh setelah di campur asid.
Biarkan setgh jam supaya beku sikit.


Inilah Pisau Toreh Getah Bonda 
Disimpan di rumah Salleh...


Lepas tu tuang atas meja 
di nipiskan dgn tapak tangan.
Setelah agak tipis di nipiskan lagi
dengan mesin getah di bawah !


Selepas tu..kepingan getah itu
di sidai atas tempat pengering
dawai panjang ..dijemur selama 
sehari .Setelah kering di simpan
dalam stor mcm di bwh gbr ni..

Ya seingat aku..betul-betul mcm
dalam gambar dari Internet ni


Ya disimpan di rumah atuk ku
" Embah Lapis "

Tak silap dalam sehari
menoreh dapatlah
sekitar 10 - 15 keping.

Setelah stor penuh
tauke kebun (cina )
pun dtg.Getah diturunkan
dan di timbang.
Lepas tu dgn basikal di bawa
ke Jln Parit Tengah berhampiran
Masjid Parit Tengah untuk di jual
oleh Tauke di bandar.

Kereta Moris Minor seperti di bwh
nilah utk angkut getah ke bandar.
Kereta Tauke tu...
Kalau dulu ade kereta ni mcm
ade kereta BMW zmn sekarang.


Ingat beginilah keadaan masa
lalu yg ayahanda dan bonda harungi
dgn jerih perit untuk ..

" Anak-Anaknya Seperti Sekarang "


Semoga Ayahanda dan Bonda
Diberkati Allah
Amin..

Nota : Sumber Foto - Internet








Thursday, April 25, 2019

Keluarga Arwah Ramlah..Tg Malim



Keluarga arwah Ramlah
Ketika singah di Tg Malim

Semoga Roh Arwah Ramlah
Dicucuri Rahmat
Amin


Anak Arwah Ramlah
Razizan Bersama Isteri
Dan 
Anak-Anaknya


Salah Seorg Anak Perempuannya
Salinda Bersama Suami Dan Anak-Anaknya




Keluarga Naemah...Parit Andin



Kakak Naemah 
Bersama 
Anak lelakinya dan menantunya
Semasa Berayalah...


Anak Kak Naemah 
Herman bersama isterinya Farhani

Semoga Bahagia Hingga Ke Jannah
Amin

Suami Kak Naemah : Abg Sidek

Anak- Anak Kak Naemah
1. Herman Bin Adon
2. Fauziah Bt Adon
3. Mohd Nor Bin Hj Nawi
4. Ewan Bin Hj Khalid


Kak Naemah dan Suaminya
Abg Sidek
Moga Bahagia Hingga Ke Jannah
Aamin


Wednesday, April 24, 2019

Keluarga Saadon. ...KLIA




Salah seorg anak perempuannya !
Anak yang sulung...
Siti Hajar



Anak perempuan ke 2 Nur Hanisah
Di majlis perkahwinannya
Semoga Bahagia Hingga ke Jannah
Amin


Nama-nama Ahli Keluarga :
Saadon Bin Kasmon
Neng Asmah Bt. Hj Arsad

Siti Hajar Bt.Saadon
Nur Hanisah Bt. Saadon
Muhammad Faiz B. Saadon
Siti Nur Hazirah Bt. Saadon
Muhammad Haikal B. Saadon





Keluarga Salleh..Kluang





Salleh Bin Kasmon
Hedawati Bt. Hasbollah

Muhammad Firdaus B. Salleh



Keluarga Salleh
Bersama 
Anaknya Firdaus
Semoga Sejahtera Selalu
Amin


Keluarga Misnah...Felda Ulu Dengar



Kak Misnah bersama Norizan

Misnah Bt. Kasmon
Mashoory Bt Badawi

Anak-Anak :
Ady
Lin 
Mazliana
Zuryn

Ketika Menyambut Hari Jadi
Abg Mashoory
Semoga Sejahtera Selalu
Amin


Kak Misnah dan Abg Mashoory

Cicit Bonda
Eirfan, Misha, Marisha,
Mirshazwin dan Mizrania

Cucu-cucu Kak Misnah
( Anak-anak Maslinah )

Cicit - Cicit Bonda..


Ini gambar semasa Masilah adikku
menziarah rumah anak kak Misnah
- Ady bersama isteri dan 2 anaknya..



Ayahanda dan Bonda



AYAHANDA KASMON BIN IDRIS
BONDA PAINAM BT. ABBAS


Semoga Bonda dan arwah Ayahanda
sejahtera selalu
Amin !

ANAK-ANAK 

Sapari
Naemah
Misnah
Mohamed
Saadon
Ramlah
Masilah
Jais
Salleh
Kamal
Tumiah
Amir

Aku Teringat Pesan 
Arwah Ayahanda
" Pergilah Ke mana-mana 
Majlis Ilmu "
Dan
Jika ada masalah
elok di mesyuaratkan


Inilah ruang di rumah di mana
Ayahanda bersembahyang !