Saturday, April 27, 2019

Pekerjaan Ayahanda dan Bonda !

Gambar Sekadar Hiasan

Menoreh getah di Parit Lapis
Terkenang aku sama-sama menoreh !

Aku masih ingat lepas menoreh
susu getah dipungut dalam baldi
lepas tu di masukan dlm bekas loyang
seperti gbr di bwh setelah di campur asid.
Biarkan setgh jam supaya beku sikit.


Inilah Pisau Toreh Getah Bonda 
Disimpan di rumah Salleh...


Lepas tu tuang atas meja 
di nipiskan dgn tapak tangan.
Setelah agak tipis di nipiskan lagi
dengan mesin getah di bawah !


Selepas tu..kepingan getah itu
di sidai atas tempat pengering
dawai panjang ..dijemur selama 
sehari .Setelah kering di simpan
dalam stor mcm di bwh gbr ni..

Ya seingat aku..betul-betul mcm
dalam gambar dari Internet ni


Ya disimpan di rumah atuk ku
" Embah Lapis "

Tak silap dalam sehari
menoreh dapatlah
sekitar 10 - 15 keping.

Setelah stor penuh
tauke kebun (cina )
pun dtg.Getah diturunkan
dan di timbang.
Lepas tu dgn basikal di bawa
ke Jln Parit Tengah berhampiran
Masjid Parit Tengah untuk di jual
oleh Tauke di bandar.

Kereta Moris Minor seperti di bwh
nilah utk angkut getah ke bandar.
Kereta Tauke tu...
Kalau dulu ade kereta ni mcm
ade kereta BMW zmn sekarang.


Ingat beginilah keadaan masa
lalu yg ayahanda dan bonda harungi
dgn jerih perit untuk ..

" Anak-Anaknya Seperti Sekarang "


Semoga Ayahanda dan Bonda
Diberkati Allah
Amin..

Nota : Sumber Foto - Internet








No comments:

Post a Comment